Visi Sekolah
Saturday, November 14, 2009 6:48 AM By smk gajahberang


Sekolah Menengah Kebangsaan GAJAH BERANG
ke arah
"Sekolah Beretika" pada 2010

Misi Sekolah
6:48 AM By smk gajahberang

Memberi pendidikan berkualiti kepada semua pelajar.

Melahirkan pelajar yang berpencapaian tinggi dalam akademik dan berinformasi dalam pelbagai bidang.

Melahirkan insan berkualiti yang mempunyai ciri-ciri unggul seperti yang tersurat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Melahirkan pelajar yang berwibawa, berketerampilan dan berkebolehan dalam bidang sains dan teknologi serta profesionalisme yang dapat memenuhi aspirasi dan tuntutan bangsa dan negara dalam menghadapi cabaran alaf baru

Falsafah Sekolah
6:41 AM By smk gajahberang

Sekolah Menengah Kebangsaan Gajah Berang berusaha ke arah keunggulan dalam perjuangan kemanusiaan:
Labor Omnia Vincit (Motto Sekolah) : Usaha Mengatasi Segala-galanya
Penghormatan, cinta dan kesetiaan kepada Raja, Negara dan Perlembagaan
Kecemerlangan dalam pelajaran dan sukan
Menumpukan nilai-nilai moral yang tinggi
Penghormatan kepada ibu bapa dan orang yang lebih tua
Penumpuan sikap toleransi dan simpati kepada yang tidak berada dan kurang bernasib baik
Kepekaan kepada budaya dan tradisi
Kepercayaan kepada Tuhan
Pembentukan individu yang berdisiplin, bersopan santun dan rajin berusaha
Interaksi social yang erat tanpa mengira kaum atau status ekonomi


Matlamat Sekolah
6:41 AM By smk gajahberang
Untuk mendidik murid-murid dan melahirkan masyarakat pelajar yang baik dan sempurna, berpengetahuan, bertanggungjawab dan berkebolehan bagi mencapai taraf hidup yang lebih baik serta mewujudkan suatu masyarakat Malaysia yang:

Percaya kepada Tuhan
Patuh kepada undang-undang
Taat setia
Berakhlak mulia
bertanggungjawab kepada diri sendiri
Berdisiplin dan bersatupadu
Berbakti kepada masyarakat
Memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara
Memilih sahsiah yang seimbang dan sepadu

Objektif SMK Gajah Berang
6:36 AM By smk gajahberang

Melahirkan masyarakat pelajar yang berpengetahuan dan berkebolehan
Melahirkan masyarakat yang berkemahiran dan mempunyai kepakaran yang tertinggi
Melahirkan masyarakat pelajar yang bertanggungjawab kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, institusi pelajaran/pendidikan, institusi sosial dan negara
Melahirkan masyarakat pelajar yang berdisplin supaya mewujudkan sikap bertatasusila, bersatupadu, demokratik, adil, liberal, progesif dan berdikari
Mewujudkan suatu iklim yang sesuai dan gembira demi peningkatan pembelajaran, pengajaran dan perkhidmatan
Mewujudkan suatu iklim persekolahan dan perkhidmatan cemerlang yang merupakan amalan hidup kita.

Piagam Pelanggan
6:35 AM By smk gajahberang

KAMI GURU-GURU BERHASRAT MENUMPUKAN
SEPENUH TENAGA DAN MASA, MENDIDIK
PELAJAR-PELAJAR KE ARAH MENCAPAI
KECEMERLANG DALAM BIDANG AKADEMIK,
KO-KURIKULUM DAN SAHSIAH BAGI MEMENUHI
MATLAMAT INI KAMI AKAN:

Menggunakan pengalaman dan kepakaran kami untuk kejayaan pelajar

Mengutamakan kaedah dan teknologi terkini dalam pendidikan

Melahirkan masyarakat pelajar yang berkemahiran dan mempunyai kepakaran yang tinggi
Membentuk budaya ilmu, budaya cemerlang dan hidup bernilai di kalangan pelajar
Menyediakan pelajar berwawasan serta boleh untuk menghadapi cabaran masa hadapan
Mendidik pelajar berpegang teguh kepada ajaran agama, melahirkan generasi penyayang

Sejarah SMK Gajah Berang
6:33 AM By smk gajahberang


Nama sekolah ini sejak ditubuhkan ialah Gajah Berang Secondary Modern School dan kemudian ditukarkan kepada Gajah Berang Secondary English School(GBSES). Sekarang ia dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Gajah Berang (SMKGB). Letaknya kira-kira 1.5 km dari pusat Bandar Melaka. Nama sekolah ini ada kaitannya dengan jalan yang berhampiran iaitu Jalan Gajah Berang, jalan penghubung antara Jalan Tengkera di baratnya dan Jalan Hang Tuah, Bachang di timurnya. Luas kawasan sekolah ini yang diperuntukkan ialah 7.5 ekar.

Sekolah ini didirikan oleh Kerajaan British pada tahun 1956 dan persekolahan awal bermula pada 9hb. Januari 1956. Pada peringkat awal ini, ia mempunyai hanya satu blok bangunan batu dan tingkat sahaja dan mengandungi 6 bilik darjah (3 bilik di atas dan 3 bilik di bawah), tetapi masa sekarang bahagian atas bangunan ini telah dijadikan Perpustakaan Sekolah. Bilangan pelajar 150 orang lelaki dan dididik oleh 6 orang guru sahaja.

Pengetua pertama sekolah ini adalah En. Tan Gim Ann yang berkhidmat sejak sekolah dibuka hingga tahun 1958 dengan bantuan oleh 5 orang perintisnya iaitu En. M.C. Oomen, En. Tan Teng Chee, En. A.M. Narayanan dan En. Yoong Cheong Pin. Pada peringkat awal tahun persekolahan, Pengetua dan guru-guru terpaksa menghadapi berbagai-bagai masalah seperti tidak cukup bilik darjah, tiada padang permainan dan murid-murid harus puas hati dengan permainan ping pong dan catur; lebih-lebih lagi tanah kawasan sekolah adalah rendah dan berpaya dan dihubungkan sebatang jalan kecil kira-kira 50 meter ke Jalan Gajah Berang.

Makmal Sains juga belum ada awal tahun 1956 dan guru-guru sains terpaksa meminjam dan menggunakan sepenuhnya makmal sains Sekolah Tinggi Melaka. sebelum ketibaan kerani, Pengetua En. Tan Gim Ann terpaksa membuat kerja-kerja perkeranian selain urusan pentadbiran sekolah.


1957

Sekolah ini berusaha mengidentitikan dirinya dengan cogankata (motto) dan lambang sekolah. Oleh itu, pada akhir tahun 1957, cogankatanya telah dicipta dengan mengambil kata-kata Latin iaitu "Labor Omnia Vincit" yang bermaksud "Usaha Mengatasi Segala-galanya".

1958

Sesi persekolahan dimulakan pada 8hb. Januari. Seramai 231 orang pelajar lelaki baru masuk Tingkatan Satu dan Peralihan.
Pada 8hb. Julai 1958, PIBG ditubuhkan. Pengerusi pertama ialah Ahli Parlimen Melaka Datuk Tambychik Karim. Pelajar Tingkatan 3 menduduki Peperiksaan LCE dan keputusan adalah 62%.

1959

Pengetua baru En. Tan Boon Lin menggantikan tempat En. Tan Gim Ann yang bersara.
Tahun ini merupakan tahun bersejarah kerana sekolah ini dirasmikan oleh mendiang Tun Tan Cheng Lock pada 16hb. Mei 1959.

1960

Lawatan rasmi Allahyarham Tun Hj. Abdul Malik Yusof. Surat penghargaan diberikan kepada sekolah dan pelajar.

Hari Ucapan yang pertama diadakab pada 21hb. November 1960. Ramai muird menerima hadiah dari YAB En. Abdul Ghafar Baba Ketua Menteri Melaka.

1962

En. Khoo Heng Hock menjadi Pengetua yang mengganti tempat En. Tan Boon Lin. Beliau meningkatkan lagi prestasi sekolah.

Nama-nama sukan ditukarkan kepada nama tokoh-tokoh yang berjasa kepada sekolah atau Negeri Melaka: Ee Yew Lin, Tan Cheng Lock, Tan Gim Ann, Hang Tuah dan Leong Yew Koh.

Pembinaan gelanggang tenis dan gelanggang bola keranjang.

1963


Pengetua ke-4 En. Kok Swee Hong menumpukan usahanya dalam meningkatkan prestasi peperiksaan dan berusaha menambahkan lagi bangunan baru bagi menampung pelajar-pelajar yang bertambah setiap tahun.

1971

Mengadakan kelas Tingkatan 6. Pelajar-pelajar diambil dari lepasan Tingkatan 5 yang berjaya dalam aliran sains dari sekolah ini. Wang sewa sebanyak RM40,000.00 dikeluarkan untuk melengkapkan makmal sains, tambahan buku-buku teks dan rujukan Tingkatan Enam di perpustakaan di samping perbelanjaan-perbelanjaan yang berkaitan dengan program ini.

1975


Bangunan baru (bengkel elektrik, kajisawat, bilik makmal dan kelas Tingkatan 1) dibina di bahagian belakang kawasan sekolah yang berhampiran dengan padang.

Pada 25hb Julai 1975, En. Tai Yen Chuah bersara. Jawatan Pengetua dipangku oleh En. Seow Kim Swee.

En. Seow berusaha menubuhkan "Tabung Murid-murid Miskin" untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah kewangan.

1979

Pelajar-pelajar Tingkatan 6 telah berjaya mencapai keputusan tertinggi di Malaysia dalam Peperiksaan HSC (aliran Sains) dengan keputusan 71.4%.

1980

En. Goh Kwee Meng Pengetua ke-6 menggantikan tempat En. Seow Kim Swee yang berpindah ke Masjid Tanah.

Sekolah dinaikkan taraf ke gred "A" kerana mempunyai kelas Peralihan hingga kelas Tingkatan 6 dan mempunyai pelajar yang melebihi 1200 orang.

1981


Pengetua dari Sekolah Menengah Masjid Tanah En. A. Kalimutu menjadi Pengetua ke-7 di sekolah ini.

Kemudahan-kemudahan bersukan dan bermain di waktu petang digalakkan. Melengkapkan kemudahan di perpustakaan dan mengadakan bilik rujukan untuk pelajar.

1982

Memperkenalkan tali leher sekolah untuk dipakai oleh semua murid dan guru sekolah. Ia merupakan satu langkah ke arah pembentukan dan mengekalkan suatu "identiti" sekolah ini serta semangat cintaikan sekolah.

1985


Pelajar sekolah ini mengutip wang untuk mendirikan jalan susur bagi menghubungkan bangunan-bangunan sekolah.

1986

"Skim Sarapan Untuk Murid-Murid Miskin" diperkenalkan untuk memberikan makanan dan minuman pagi kepada mereka yang memerlukannya. Skim dijalankan dengan wang bantuan daripada tabung murid-murid miskin SMGB.

1989

Sekolah telah mula menerima pelajar perempuan di kelas Peralihan, Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat. Ini merupakan percubaan yang besar dalam sejarah sekolah ini.

Pada 21hb. September, Perpustakaan sekolah dirasmikan oleh YB Datuk Mohd. Hj. Kamarudin, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

1992

Jabatan Pendidikan Negeri Melaka mencalonkan sekolah ini sebagai Sekolah Harapan.

1993



En. Kassim bin Abbas Pengetua pada masa itu telah mengadakan 2 buah kedai koperasi. Beliau membina dataran taman, air pemancut, kolam ikan, tempat letak kereta guru, melengkapkan bilik media.

Pelajar menyertai pertandingan drama TV3 peringkat kebangsaan dengan memenangi tempat ke-3.

1994

En. Cheng Sheng Hua menjadi Pengetua telah berusaha menambahkan 5 buah komputer di bilik komputer, menambahkan 5 buah penghawa dingin di perpustakaan dan menghawadinginkan bilik guru.

1997

Tuan Haji Yaamah bin Mohd. Dris menjadi Pengetua pada tahun 1997. Beliau telah melengkapkan kemudahan internet di sekolah dan menambahkan bangunan sekolah yang baru untuk mengatasi masalah kekurangan bilik darjah.

2001

En. Abu Hassan bin Ja'alam menggantikan Tuan Haji Yaamah sebagai Pengetua di sekolah ini mulai 16hb. April 2001.



Lagu Sekolah
6:20 AM By smk gajahberang

Ciptaan : ENCIK MAH KAI CHENG


Sekolah Menengah Gajah Berang


Kaulah yang kami cinta

Berkorban untukmu
Kami bertaat setia
Mengharum nama anda
Kami pelajar sekolah ini
Berikrar maju jaya
Berbakti, berpadu untuk kita semua
Negara makmur kaya

Gagah, berani, berdisiplin, bertekun

Menghadapi cabaran

Maju dalam sukan dan pelajaran

Bakal pemimpin depan








































Lencana Sekolah
6:11 AM By smk gajahberang

1.

Identiti sekolah yang mempunyai murid-murid yang dinamik dan bertenaga dalam bidang sukan mahupun pelajaran.

2.

Murid-murid mempunyai visi dan masa depan yang cerah.

3.

Sikap dan perawakan murid-muridnya bagus dan girang.

4.

Perkembangan yang kreatif - suatu matlamat pendidikan.

5.

Kecemerlangan - sebagai harapan hasil usaha tugas kerja-kerja guru-guru dan murid-murid.

1.

Simbolik kepada tangan murid-murid menimba ilmu pengetahuan untuk berbakti kepada masyarakat.

2.

Murid-murid yang progresif dalam keharmonian zaman sains dan teknologi moden.

1.

Maroon : Keberanian, dinamik, ' futuristik '.

2.

Kuning : Kesetiaan kepada sekolah, negeri, raja dan negara.

3.

Putih : Kesucian dalam fikiran dan perbuatan. Kesopanan dan kesusilaan

4.

Kelabu : Semangat cekal dan tidak mudah putus asa.


Jawatankuasa Kurikulum
6:08 AM By smk gajahberang


PENGERUSI

PN. HJH. UMAIZAHRAH BTE ALWI

NAIB PENGERUSI

EN. OMAR B YUSOP

SETIAUSAHA

PN. ZUBAIDAH BTE ABD RAZAK

BIDANG KEMANUSIAAN

BIDANG TEKNIK & VOKASIONAL

BIDANG SAINS & MATEMATIK

BIDANG BAHASA

DATIN LIM BEE LAY

PN. WU SHWU CHYN

EN. TAY KHENG LUAN

PN. ZUBAIDAH BTE ABD RAZAK

PANITIA

PANITIA

PANITIA

PANITIA

SEJARAH

GEOGRAFI

TASAWWUR ISLAM

PENDIDIKAN ISLAM

PENDIDIKAN MORAL

PENDIDIKAN SENI VISUAL

PEN. JASMANI & KESIHATAN

PEN. SIVIK & KEWARGANEGARAAN

KEMAHIRAN HIDUP

EKONOMI ASAS

PENGAJIAN PERNIAGAAN

PRINSIP AKAUN

PERDAGANGAN

SAINS

MATEMATIK

FIZIK

KIMIA

BIOLOGI

BAHASA MELAYU

BAHASA CINA

BAHASA TAMIL

BAHASA INGGERIS

PENGAJIAN AM

KESUSASTERAAN MELAYU



Jawatankuasa Ko-Kurikulum
6:02 AM By smk gajahberang


PENGERUSI

PN. HJH. UMAIZAHRAH BTE ALWI










SU KOKURIKULUM

PN. ZAIMAH BTE MOHAMED

PENYELARAS PERSATUAN & KELAB

PENYELARAS BADAN BERUNIFORM

SETIAUSAHA SUKAN

TN. HJH. SULAIMAN B KASSIM

EN. GHANI BIN WAHAB

EN. WEE TIONG LAI

PER. BAH. MELAYU

PER. BAH. INGGERIS

PER. BAH. CINA

PER. BAH. JEPUN

PER. PENG. AM

PER. SAINS/MAT

PER. S. KEMASYA.

PER. AGAMA ISLAM

PER. AGAMA BUDDHIS

PER. AGAMA KRISTIAN

PER. KELAB INDIA

PER. PENCINTA ALAM

PER. PENGGUNA

PER. TINGKATAN 6

KELAB KOPERASI

KELAB SPBT

KELAB K. HIDUP

KELAB KEUSAHAWAN

KELAB MUZIK

KELAB LEO

KELAB TARIAN

KELAB KEWANGAN

KELAB INTERACT

KELAB RUKUN NEGARA

KELAB KERJAYA

KBK

KELAB REKACIPTA

KELAB FOTOGRAFI

KELAB KOMPUTER

KELAB PUSAT SUMBER

KELAB PPDA

KELAB KOMPANG

PKBM

KADET POLIS

KADET REMAJA SEKOLAH

RENJER

PBSM

ST. JOHN AMBULANS

SILAT OLAHRAGA

TAEKWANDO

PER. BANTUAN SUKARELA

ST. JOHN DEWASA

CARROM

BOWLING

GIMRAMA

SOFTBOL

SCRABBLE

OLAHRAGA

CATUR

PING PONG

BADMINTON

BOLA SEPAK

MAIN PEDANG

BOLA TAMPAR

SEPAK TAKRAW

BOLA KERANJANG