Sekolah ini didirikan oleh Kerajaan British pada tahun 1956 dan persekolahan awal bermula pada 9hb. Januari 1956. Pada peringkat awal ini, ia mempunyai hanya satu blok bangunan batu dan tingkat sahaja dan mengandungi 6 bilik darjah (3 bilik di atas dan 3 bilik di bawah), tetapi masa sekarang bahagian atas bangunan ini telah dijadikan Perpustakaan Sekolah. Bilangan pelajar 150 orang lelaki dan dididik oleh 6 orang guru sahaja. Pengetua pertama sekolah ini adalah En. Tan Gim Ann yang berkhidmat sejak sekolah dibuka hingga tahun 1958 dengan bantuan oleh 5 orang perintisnya iaitu En. M.C. Oomen, En. Tan Teng Chee, En. A.M. Narayanan dan En. Yoong Cheong Pin. Pada peringkat awal tahun persekolahan, Pengetua dan guru-guru terpaksa menghadapi berbagai-bagai masalah seperti tidak cukup bilik darjah, tiada padang permainan dan murid-murid harus puas hati dengan permainan ping pong dan catur; lebih-lebih lagi tanah kawasan sekolah adalah rendah dan berpaya dan dihubungkan sebatang jalan kecil kira-kira 50 meter ke Jalan Gajah Berang. Makmal Sains juga belum ada awal tahun 1956 dan guru-guru sains terpaksa meminjam dan menggunakan sepenuhnya makmal sains Sekolah Tinggi Melaka. sebelum ketibaan kerani, Pengetua En. Tan Gim Ann terpaksa membuat kerja-kerja perkeranian selain urusan pentadbiran sekolah. | |||||
1957 | Sekolah ini berusaha mengidentitikan dirinya dengan cogankata (motto) dan lambang sekolah. Oleh itu, pada akhir tahun 1957, cogankatanya telah dicipta dengan mengambil kata-kata Latin iaitu "Labor Omnia Vincit" yang bermaksud "Usaha Mengatasi Segala-galanya". | ||||
1958 | Sesi persekolahan dimulakan pada 8hb. Januari. Seramai 231 orang pelajar lelaki baru masuk Tingkatan Satu dan Peralihan. | ||||
1959 | Pengetua baru En. Tan Boon Lin menggantikan tempat En. Tan Gim Ann yang bersara. | ||||
1960 | Lawatan rasmi Allahyarham Tun Hj. Abdul Malik Yusof. Surat penghargaan diberikan kepada sekolah dan pelajar. | ||||
1962 | En. Khoo Heng Hock menjadi Pengetua yang mengganti tempat En. Tan Boon Lin. Beliau meningkatkan lagi prestasi sekolah. | ||||
1963 |
| ||||
1971 | Mengadakan kelas Tingkatan 6. Pelajar-pelajar diambil dari lepasan Tingkatan 5 yang berjaya dalam aliran sains dari sekolah ini. Wang sewa sebanyak RM40,000.00 dikeluarkan untuk melengkapkan makmal sains, tambahan buku-buku teks dan rujukan Tingkatan Enam di perpustakaan di samping perbelanjaan-perbelanjaan yang berkaitan dengan program ini. | ||||
1975 |
| ||||
1979 | Pelajar-pelajar Tingkatan 6 telah berjaya mencapai keputusan tertinggi di Malaysia dalam Peperiksaan HSC (aliran Sains) dengan keputusan 71.4%. | ||||
1980 | En. Goh Kwee Meng Pengetua ke-6 menggantikan tempat En. Seow Kim Swee yang berpindah ke Masjid Tanah. | ||||
1981 |
| ||||
1982 | Memperkenalkan tali leher sekolah untuk dipakai oleh semua murid dan guru sekolah. Ia merupakan satu langkah ke arah pembentukan dan mengekalkan suatu "identiti" sekolah ini serta semangat cintaikan sekolah. | ||||
1985 |
| ||||
1986 | "Skim Sarapan Untuk Murid-Murid Miskin" diperkenalkan untuk memberikan makanan dan minuman pagi kepada mereka yang memerlukannya. Skim dijalankan dengan wang bantuan daripada tabung murid-murid miskin SMGB. | ||||
1989 | Sekolah telah mula menerima pelajar perempuan di kelas Peralihan, Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat. Ini merupakan percubaan yang besar dalam sejarah sekolah ini. | ||||
1992 | Jabatan Pendidikan Negeri Melaka mencalonkan sekolah ini sebagai Sekolah Harapan. | ||||
1993 |
| ||||
1994 | En. Cheng Sheng Hua menjadi Pengetua telah berusaha menambahkan 5 buah komputer di bilik komputer, menambahkan 5 buah penghawa dingin di perpustakaan dan menghawadinginkan bilik guru. | ||||
1997 | Tuan Haji Yaamah bin Mohd. Dris menjadi Pengetua pada tahun 1997. Beliau telah melengkapkan kemudahan internet di sekolah dan menambahkan bangunan sekolah yang baru untuk mengatasi masalah kekurangan bilik darjah. | ||||
2001 | En. Abu Hassan bin Ja'alam menggantikan Tuan Haji Yaamah sebagai Pengetua di sekolah ini mulai 16hb. April 2001. | ||||